top of page

Festival Turath Selangor: Komentar biadap, tidak berakhlak guru dikesali



Komentar biadap seorang guru yang masih bertugas di Pahang terhadap Festival Turath Islami Selangor 2024 yang berakhir semalam amat dikesali.


Menurut Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Atiqah Syairah Shaharuddin, tindakan guru tersebut yang mencemar imej keguruan sewajarnya segera diambil tindakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.


Katanya, guru yang dipertanggungjawabkan mengajar anak murid ke arah kesopanan dan kesusilaan tidak sepatutnya meninggalkan komen jelek ke atas program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.


"Kami telah menerima aduan daripada pelbagai pihak berkenaan seorang guru yang membuat komentar jelek berkenaan program Turath Islami yang dianjurkan di negeri Selangor, baru-baru ini.


"(Berkenaan hal ini) kegusaran daripada pihak ibu bapa dan masyarakat adalah bagaimana guru yang juga berstatus penjawat awam tergamak mengeluarkan komentar sedemikian rupa.


"Tohmahan (jelek) yang dangkal namun berat ini dibimbangi menjadi racun yang akan terus membarah, dan berlapikkan alasan berselindung di sebalik pegangan kebebasan bersuara," kata Atiqah dalam satu kenyataan.


Katanya, pihak Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil tindakan ke atas guru tersebut berdasarkan Peraturan 44 - Perintah Tahan Kerja serta Peraturan 45 - Perintah Gantung Kerja berkaitan isu komentar penjawat awam di media baharu.


Hal itu, katanya, bagi memastikan tumpuan diberikan oleh pasukan pendidik iaitu guru dalam kerjaya pendidikan, dan bukannya mencampuri hal hal yang tidak sejalan dengan falsafah pendidikan negara.


"Ini jelas menuntut komitmen terutamanya dalam kalangan guru. Kerjaya guru menuntut seseorang untuk memuliakan akhlak. Justeru komentar biadab terkait program memperkasa khazanah turath di Selangor itu dinilai sebagai menjengkelkan.


"Kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan memberikan penghargaan yang wajar kepada penjawat awam. Usahlah kebaikan-kebaikan ini diibaratkan seperti susu dibalas tuba oleh individu-individu yang berkenaan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page