top of page

Fenomena pekerja bergaji rendah jadi cabaran ekonomi negara



Oleh: Azuan Ab Rahman


Fenomena pekerja negara ini yang bergaji rendah di bawah RM2,000 masih menjadi cabaran kepada ekonomi negara.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menerusi hantaran video di akaun Facebook berkata, sejumlah 32.2% atau 2.167 juta rakyat Malaysia masih berada dalam kategori itu.


Bagaimanapun peratusan itu jelasnya menurun daripada 34.8% jumlah pekerja pada Jun tahun.


"Keadaan itu diyakini akan menjadi lebih baik bermula 2025 dengan tiga keputusan utama kerajaan membabitkan gaji pekerja.


"Pertama, kenaikan gaji penjawat awam. Kedua, kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan dan ketiga, pelaksanaan sepenuhnya gaji progresif bagi pekerja swasta dengan peruntukan awal RM200 juta bagi 2025. Insya-Allah, keadaan gaji akan bertambah baik setiap tahun selepas ini," katanya.


Sementara itu menurut Rafizi, antara Jun 2023 hingga Jun lalu, kadar gaji pertengahan atau gaji median di negara ini telah mencatatkan peningkatan daripada RM2,600 kepada RM2,745 sebulan.


Peningkatan itu jelasnya melibatkan 6.73 juta pekerja bergaji atau pekerja formal di negara ini.


"Jumlah pekerja dengan gaji antara RM2,000 ke RM5,000 pula meningkat daripada 42.7 peratus daripada jumlah pekerja pada Jun tahun lalu kepada 43.8 peratus, Jun tahun ini.


"Jumlah pekerja bergaji melebihi RM5,000 juga meningkat daripada 22.5 peratus daripada jumlah pekerja pada Jun tahun lalu kepada 24 peratus, Jun tahun ini.


"Pertumbuhan gaji ini, sekali gus mendukung hasrat kerajaan menganjakkan gaji median menjadi lebih tinggi setiap tahun supaya gaji setiap isi rumah menjadi lebih baik," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page