top of page

Faizal Tahir mahu rakyat solat hajat doakan kemenangan Palestin



Selebriti terkenal dan aktivis kemanusiaan, Faizal Tahir (gambar, kanan sekali) menyarankan agar umat Islam di seluruh negara mengadakan solat hajat memohon bantuan Allah SWT dan mendoakan kemenangan bagi umat Islam di bumi Palestin.


Katanya, penduduk Palestin kini tertindas menghadapi kekejaman Israel dan berusaha untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman penjajah zionis.


"Umat Islam perlu diingatkan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam seluruh dunia. Jadi kita mesti bersatu hati menunaikan solat hajat memohon kesejahteraan dan keselamatan masyarakat Islam Palestin secara keseluruhannya," kata Faizal.


Beliau berkata demikian ketika Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat (#SolatHajatGaza Siri 5.0) untuk Palestin dan Lubnan di Surau Ar-Rayyan@Larai, Precint 6, Putrajaya, baru baru ini.


Program yang digerakkan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar, dua dari kanan) itu turut mendapat sokongan Geng Surau Putrajaya (GSP), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan I Am Faithmen.


Dalam ucapannya, Dr Zulkifli menyarankan umat Islam turut mendoakan kesejahteraan anggota pengaman Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 di Selatan Lubnan yang tercedera akibat terkena serpihan letupan serangan rejim Israel.


"Berdasarkan maklumat dari Tentera Lubnan, kejadian berlaku ketika kenderaan membawa anggota Batalion Malbatt 850-12 melalui sekatan jalan raya Tentera Lubnan melalui Awali di Sidon, Lubnan," katanya.


Selain itu, Dr Zulkifli turut menyeru rakyat Malaysia mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat mendapatkan persetujuan bersama pada peringkat antarabangsa bagi menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Menurut Dr Zulkifli lagi, usul yang dibawa Perdana Menteri itu turut diterima dalam resolusi di Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi pada 11 November 2024 lalu.


Katanya, cadangan penyingkiran Israel itu merupakan manifestasi komitmen dan ketegasan Perdana Menteri dalam memperjuangkan nasib umat Palestin yang dianiaya sejak zaman beliau meminpin kesatuan belia Islam pada 1970an sehinggalah ke hari ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page