top of page

Fahmi yakin proses rasmi Dwirangkaian 5G dibentuk selepas 21 Jun



Syarikat telekomunikasi (Telco) yang terbabit dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian bersedia untuk menandatangani pegangan ekuiti dalam syarikat Digital Nasional Berhad (DNB).


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkembangan itu sejajar dengan tempoh melengkapkan proses penyediaan share subscription agreement pengambilan ekuiti DNB menjelang 21 Jun ini.


"Semua syarikat telekomunikasi harus menyiapkan "share subscription agreement" pegangan ekuiti dalam DNB dan rata-rata mereka sudah bersedia untuk menandatanganinya.


"Rangkaian 5G ini paling bermanfaat kepada pihak industri dan PMKS (perniagaan mikro, kecil dan sederhana)," kata Fahmi dipetik selepas menghadiri Kejohanan Badminton Junior ‘Road to NCT’ di Sport Arena Sentosa, Kuala Lumpur pada Ahad.


Fahmi sementara itu menyatakan keyakinannya selepas 21 Jun ini, proses rasmi membentuk rangkaian itu dapat dimulakan.


Terdahulu Ahli Parlimen Lembah Pantai itu melalui satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan Empat kementerian telah mengadakan perbincangan menyeluruh bagi merangka strategi serta pelan tindakan dalam pelaksanaan model rangkaian tersebut.


Perbincangan antara Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu jelasnya tertumpu kepada fungsi serta peranan keempat-empat kementerian utama itu dalam menjayakan pelaksanaan rangkaian itu.


"Kerajaan komited untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G serta akan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dengan matlamat mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi serta kualiti hidup rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Pada Mei tahun lepas, kerajaan mengumumkan mengenai peralihan daripada model 5G secara rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model 5G secara dwi rangkaian (DN).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page