top of page

Fahmi sumbang RM40,000 semarakkan aktiviti Ramadan



Pejabat Parlimen Lembah Pantai menyalurkan sumbangan tunai RM1,000 kepada 40 surau di kawasan Parlimen itu.


Ahli Parlimennya, Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di laman X berkata, sumbangan wang tunai keseluruhan berjumlah RM40,000 itu bertujuan menyokong pelaksanaan aktiviti moreh sempena ketibaan Ramadan 1447H.


Beliau berharap, sumbangan tersebut bakal menyemarakkan lagi aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini.


"Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun yang sebelumnya," katanya.


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada Khamis lalu memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.


Susulan itu tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Jumaat, 28 Feb bersamaan dengan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page