top of page

Fahmi puji TNB, GLC pertama bayar gaji minimum RM1,700



Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mega pertama yang mengumumkan akan menuruti dasar Kerajaan Madani memperkenalkan gaji minimum pekerja RM1,700.


Bagi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, tindakan TNB itu amat terpuji kerana meningkatkan pendapatan pekerja bawahan syarikat tersebut sesuai dengan kos sara hidup terkini.


"Terima kasih kerana menjadi GLC pertama yang menyahut seruan kerajaan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,700 kepada warga kerja.


"Semoga TNB terus cemerlang dan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan negara," katanya.


Pengumuman gaji minimum pekerja TNB RM1,700 itu dibuat semalam dalam majlis sambutan ulang tahun ke-75 Tenaga Nasional Berhad yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Fahmi turut hadir dalam majlis berkenaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page