top of page

Fahmi mahu beri nafas baharu kepada kepimpinan MPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang dijadual berlangsung bulan hadapan.


Dipetik laporan media, beliau yang juga Ketua Penerangan KEADILAN berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti keperluan dan mempertimbangkannya secara mendalam.


"Tujuannya adalah untuk memperkukuh parti dan memberi nafas baharu kepada kepimpinan MPP.


"Kepimpinan inilah yang akan membawa parti, bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, menuju Pilihan Raya Umum ke-16," katanya.


Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP), dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) dijadualkan pada 24 Mei ini.


Sebelum ini, Fahmi berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang Lembah Pantai.

Sehingga tempoh pencalonan tamat, tiada individu atau ahli KEADILAN tampil mencabar jawatan tersebut yang mana sekali gus menyaksikan beliau menang tanpa bertanding.


Sementara itu menurut Fahmi, bagi pemilihan peringkat seterusnya beliau akan berusaha bersama rakan-rakan untuk menjalankan kempen secara sihat bagi menzahirkan satu bentuk kepimpinan yang baharu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page