Fadhlina ziarah otai reformis alami keuzuran
- Suara Keadilan
- Mar 29
- 1 min read

Bulan Ramadan yang berbaki beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri diambil kesempatan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek untuk menziarahi otai reformis di kawasannya.
Beliau menziarahi Pak Affandie di Parlimen Nibong Tebal yang mengalami keuzuran.
"Walaupun dalam keuzuran namun semangatnya masih kuat dan kental. Rumahnya seperti galeri KEADILAN. Penuh dengan memori, arkib dan bukti perjuangan bersama Angkatan Muda KEADILAN.
"Di sepanjang pertemuan beliau kelihatan sebak dan mengalirkan air mata atas pelbagai sebab. Saya juga menahan empangan air mata kerana kasihnya beliau kepada perjuangan ini, tidak pernah surut walau sesaat," katanya dalam muat naik di Facebook.

Menurut Fadhlina, generasi muda KEADILAN seharusnya menghargai jasa generasi awal penggerak reformasi dan mengambil berat tentang kehidupan mereka kerana jasa besar para reformis dalam perjuangan menentang kezaliman selama dua dekad.
"Jaga anggota parti kita, khususnya anggota lama. Mereka telah menyalakan obor perjuangan ketika parti ini tidak punya apa, ketika parti ini digelar parti derita.
"Pak Afandi semoga terus sihat untuk terus memberi pedoman dan semangat kepada kami, generasi muda KEADILAN," katanya lagi.
Comentarios