top of page

Fadhlina tawar diri jawatan Ketua Cabang Nibong Tebal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 7
  • 1 min read


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Nibong Tebal pada pemilihan parti yang bakal berlangsung bulan ini.


Menerusi satu muat naik di laman sosialnya Fadhlina berkata, keputusan itu berikutan rasa tanggungjawabnya yang terhutang budi kepada anggota parti, pasukan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat Nibong Tebal yang telah memenangkannya sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

"Maka izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri dan khidmat kebaktian tertinggi untuk parti di cabang Nibong Tebal.


"Saya dan rakan-rakan mempertaruhkan seluruh jiwa, tenaga dan pasukan kami dengan kekuatan kemajmukan dan semangat keluarga besar KEADILAN," katanya.


Menerusi hantaran sama beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan Ketua Cabang Nibong Tebal Datuk Dr Amar Pritpal Abdullah yang telah bersama-samanya membuat keputusan agar beliau bertanding.


Beliau juga Menteri Pendidikan turut menyatakan penghargaan buat anggota parti Cabang Nibong Tebal yang telah bersama mendukung agenda memperkukuhkan parti, “otai” reformis dan juga sayap wanita cabang yang telah berkongsi kekuatan kepadanya.


"Kami tekad untuk memimpin serta menavigasi cabang KEADILAN yang telah menghimpun kekuatan anggota parti yang komited sepanjang ia ditubuhkan.


"Kita harus merangkul setiap kekuatan yang ada, menerajui iltizam memperkukuh parti dalam kepelbagaian menerusi bingkai kesatuan.


"Mohon mandat rakan-rakan anggota Cabang Nibong Tebal untuk saya memimpin cabang ini sebagai calon Ketua Cabang yang baharu," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page