top of page

Fadhlina tampil idea segar perkasakan wanita KEADILAN


Fadhlina Sidek konsisten memperjuangkan isu-isu wanita pelbagai kaum dan latar belakang
Fadhlina Sidek konsisten memperjuangkan isu-isu wanita pelbagai kaum dan latar belakang

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Ketua Wanita KEADILAN Negeri Kedah, Datin Sabrina Ahmad menyokong Fadhlina Sidek dikekalkan untuk terus menerajui Wanita KEADILAN Pusat pada sesi akan datang.


Menurut Sabrina, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu telah membawa nafas baharu dalam kepimpinan Wanita KEADILAN serta berani tampil dengan idea-idea lebih insklusif serta relevan sesuai dengan peredaran zaman.


Menurut beliau, Fadhlina juga telah berusaha meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.


"Selain itu Fadhlina sentiasa memastikan suara wanita didengari sebagai pembuat keputusan yang penting dalam pelbagai bidang terutama isu-isu berkaitan pendidikan, ekonomi dan politik," katanya dalam kenyataan hari ini.


Perjuangkan hak wanita


Menurut Sabrina, dengan kepimpinan yang mantap dalam memperjuangkan hak wanita dan golongan terpinggir, Fadhlina sering terlibat membawa isu-isu penting mengenai kesejahteraan wanita ke pentas perbincangan sama ada dalam atau luar Parlimen.

Datin Sabrina Ahmad
Datin Sabrina Ahmad

"Kepimpinan Fadhlina telah memberi impak positif kepada masyarakat, terutamanya dalam memberikan perhatian terhadap keperluan pendidikan, kesihatan dan keselamatan wanita," kata beliau.


Malah menurutnya, Fadhlina juga berjaya meletakkan isu kesetaraan jantina sebagai salah satu fokus utama dalam platform politiknya yang telah membuka ruang untuk perbincangan yang lebih luas dalam kalangan pemimpin politik dan ahli parti yang lebih luas.


Kepimpinan mesra, disegani masyarakat


Tambah Sabrina, dengan kepimpinan yang mesra menjadikan Fadhlina seorang pemimpin disegani oleh pelbagai lapisan masyarakat yang menunjukkan keyakinan ramai terhadap kemampuannya memimpin Wanita KEADILAN Pusat.


"Adalah sangat sewajarnya Fadhlina dikekalkan memimpin wanita pusat untuk sesi 2025-2028," ujarnya.


Selain itu, menurut beliau lagi, Fadhlina bukan sahaja berbicara mengenai hak wanita tetapi juga berusaha memperkenalkan pelbagai program dan inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada wanita di negara ini.


"Fadhlina juga membawa isu-isu sosial yang melibatkan wanita ke perhatian kerajaan dan masyarakat. Sama ada isu keganasan rumah tangga, diskriminasi gender, atau ketidakadilan dalam pekerjaan. Fadhlina telah berusaha memperjuangkan hak wanita dengan cara yang konsisten serta berkesan.


"Kesimpulannya, Fadhlina terbukti sebagai pemimpinyang komited dan berkaliber dalam memperjuangkan hak wanita dan membawa perubahan yang positif," kata Sabrina yang juga Ketua Wanita Cabang Merbok, Kedah.


 

Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya pendirian rasmi Suara Keadilan

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page