top of page

Fadhlina seru henti manipulasi isu sumbangan, derma sekolah



Semua pihak diharap tidak terus memanipulasikan isu penganjuran dan penyaluran sumbangan tajaan kepada sekolah memandangkan isu berkenaan telah pun diselesaikan dengan baik.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, isu tersebut tidak perlu dibangkitkan lagi selepas Jemaah Menteri membuat penegasan mengekalkan garis panduan sedia ada.


"Saya rasa isu ini telah selesai dan kita kekal bersama dengan keputusan Jemaah Menteri (mengekalkan garis panduan bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah).


"Jadi, saya harap ia tidak berbangkit lagi dan kita tumpukan kepada isu pembangunan pendidikan yang lebih utama ketika ini," katanya dipetik.


Fadhlina ditemui di Program Bola Sepak untuk Sekolah Fifa dan Kempen Bola Sepak Wanita Fifa di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Sabtu.


Sebelum ini timbul kontroversi apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu menyertai acara kutipan dana sebuah sekolah Cina yang menerima sumbangan syarikat minuman keras.


Beliau kemudian tampil menjelaskan, diundang sebagai tetamu namun tidak dimaklumkan penganjur senarai penyumbang sehinggalah ketika tiba di lokasi program.


Sehubungan kontroversi itu, Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page