top of page

Fadhlina mulakan kempen kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 19
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sudah memulakan kempen bagi menempatkan Malaysia dalam kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Menurut hantaran dilaman Facebooknya Fadhlina berkata, pada siri kempen peringkat antarabangsa ini, beliau akan terlibat penuh dalam mempromosi warisan Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO.


"Kempen dimulakan di atas Bukit Bendera yang kaya dengan biodiversiti kebanggaan negara.


"Saya juga akan mempromosikan Batik dan Kebaya kerana ia adalah ‘signature’ Malaysia dan akan menjadi pakaian rasmi saya sepanjang berkempen untuk memenangi kerusi Executive Board ini," katanya.


Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) pada September lalu memaklumkan untuk bertanding bagi kerusi Lembaga Eksekutif itu bagi penggal 2025 hingga 2029.


Malaysia membawa misi mempromosikan pertumbuhan nasional yang inklusif, melindungi alam sekitar, dan memperjuangkan keadilan sosial berlandaskan prinsip "Membina Masa Depan Yang Berbeza" (BFD).


Beliau berkata Malaysia membawa misi mempromosikan pertumbuhan nasional yang inklusif, melindungi alam sekitar, dan memperjuangkan keadilan sosial berlandaskan prinsip "Membina Masa Depan Yang Berbeza" (BFD).


Justeru langkah strategik itu diharapkan dapat memberikan sumbangan yang signifikan terhadap kelestarian, inklusiviti, penciptaan peluang, dan keamanan global.

1 Comment


msb_389
Mar 19
Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page