Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang pagi ini sempat menjengah ke dua lokasi program Korban Madani Nibong Tebal.
Menurut beliau, lawatan pertama singgah ke perkarangan surau Taman Halaman Indah Fasa 2 manakala berikutnya di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.
"Saya lihat, kegiatan gotong royong sempena korban sekarang ini semakin sistematik. Siap dengan papan carta, aturan tugasan dan senarai agihan.
"Lebih menarik lagi, pada musim-musim begini lah kita akan dapat melihat para chef dalam kalangan kaum Adam beraksi, menyediakan juadah untuk santapan bersama," katanya.
Tambah Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu, Hari Raya Aidiladha akan sentiasa mengingatkan umat Islam kaitan antara pengorbanan dengan keikhlasan.
"Semangat ini harus terus dibugar dalam setiap episod kehidupan yang kita jalani, kerana pengorbanan dengan keikhlasan pasti tidak akan sia-sia," katanya lagi.
Hari ini merupakan hari keempat umat Islam dibenarkan berkorban haiwan ternakan. Terdapat empat hari umat Islam boleh berkorban iaitu pada 17 Zulhijjah, hari raya pertama dan tiga hari Tasyrik pada 18, 19 dan 20 Zulhijjah.
Comments