top of page

Fadhlina ketuai delegasi ke Persidangan Menteri Pendidikan



Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri Pendidikan di Muscat, Oman selama dua hari.


Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, persidangan itu dianjurkan Pertubuhan Negara Islam Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ICESCO) bermula semalam.


Membabitkan penyertaan Menteri Pendidikan dan delegasi dari 27 negara anggota ICESCO, persidangan itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Oman serta Suruhanjaya Pendidikan, Budaya dan Sains Oman.


Sementara itu menurut kenyataan itu Fadhlina akan menyampaikan kenyataan negara pada persidangan itu dengan memberi tumpuan bagi memastikan pendidikan berkualiti yang menjadi teras pembangunan lestari.


Selain itu Malaysia turut akan berkongsi amalan dan pengalaman dalam memperkasakan pendidikan digital serta bidang kecerdasan buatan (AI).


"Fadhlina dijadual mengadakan beberapa pertemuan termasuk dengan Ketua Pengarah ICESCO, Dr Salem Mohammed Al-Malik, dan ketua perwakilan negara anggota untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan kerjasama bawah inisiatif ICESCO serta Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Ia bertujuan memperkukuh komitmen dalam mentransformasikan pendidikan, merapatkan jalinan dan berkongsi amalan terbaik dalam bidang pendidikan," tambah kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page