top of page

Fadhlina kecewa tohmahan guru paling ramai palsukan sijil cuti sakit



Dakwaan mengaitkan guru sebagai kumpulan penjawat awam paling ramai terbabit salah laku memalsukan sijil cuti sakit (MC) disifatkan tuduhan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil serius dakwaan yang mencetus persepsi negatif terhadap profesion perguruan itu.


Justeru tegasnya, dakwaan seperti itu tidak sepatutnya berbangkit kerana tatakelola penjawat awam sentiasa diberi perhatian demi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


"Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti," katanya dalam satu kenyataan.


Media baru-baru ini menyiarkan laporan yang memetik dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mendakwa golongan guru adalah kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan sijil cuti sakit atau medical certificate (MC).


Kesatuan itu turut mendakwa, setiap tahun kira-kira satu hingga dua peratus daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi MC palsu, selain sengaja menggunakan cuti kecemasan semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti.


"KPM juga mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat, selain pemantauan berterusan di setiap peringkat.


"Penjawat awam yang terbabit dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan. Kementerian melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara kesejahteraan warga pendidik termasuk menerusi tujuh langkah bagi menangani beban tugas guru.


"KPM turut tekad untuk terus memartabatkan profesion keguruan. Profesionalisme guru mendidik anak bangsa perlu disanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat," tambah Fadhlina.


Terdahulu pada Selasa Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) turut membidas dakwaan Cuepacs.


Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon, berkata dakwan tanpa data dan bukti sahih itu secara langsung mempertikai profesionalisme 450,000 guru yang sangat cemerlang menjalankan tugas mendidik anak bangsa.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page