top of page

Fadhlina akan bawa isu peperiksaan Tahun 6, Tingkatan 3 ke Kabinet



Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang membawa perkara berkaitan dasar pendidikan negara yang tidak melaksanakan peperiksaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3 ke mesyuarat Kabinet.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, pihaknya melihat secara positif dan bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa dasar tersebut perlu dirombak.


"KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri untuk dibincangkan dan diputuskan," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan rasmi ke Sekolah Integriti Kota Kinabalu pada Ahad.


Ahmad Zahid pada Sabtu mencadangkan semakan kepada dasar peperiksaan tahun enam dan tingkatan tiga ekoran wujudnya masalah pelajar tidak mahir membaca, menulis dan mengira (3M).


Menurutnya, terdapat kira-kira 10,177 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu dikesan mengalami keciciran ekoran masalah kemahiran itu.


Sementara itu Fadhlina berkata, dalam isu keciciran, kementerian sudah menanganinya dan bakal diteruskan dengan beberapa program signifikan yang akan diumumkan tidak lama lagi.


Selain itu KPM juga berusaha melaksana penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara dan ia sedang digerakkan ketika ini.


"Kita sudah umumkan enam agenda reformasi pendidikan negara termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); kejuruteraan dan matematik (STEM); pendidikan digital; pemerkasaan kurikulum sains, teknologi, peluasan dan pengukuhan prasekolah; serta pelan pendidikan dan kurikulum prasekolah serta memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.


"Kita juga sudah melihat persiapan dalam aspek Pelan Pembangunan Pendidikan negara yang baharu berikutan pelan sedia ada akan berakhir pada 2025," jelasnya.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page