top of page

Exco N Sembilan rasmi majlis santai, ziarah otai reformis PKORM


Mustapa (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan sambil diperhatikan ADUN Chuah, Yew Boon Lye; Exco Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dan Pengerusi PKORM Cawangan N Sembilan,Hj Muhammad Kamel Yassin.
Mustapa (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan sambil diperhatikan ADUN Chuah, Yew Boon Lye; Exco Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dan Pengerusi PKORM Cawangan N Sembilan,Hj Muhammad Kamel Yassin.

Majlis santai dan ziarah Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) cawangan Negeri Sembilan dirasmikan oleh Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim pada Ahad lalu.


Majlis yang diadakan di Bandar Sri Sendayan itu dihadiri kira kira 50 otai reformis dari beberapa daerah berdekatan.


Datuk Noorzunita dalam ucapannya mengimbau peranan otai reformis yang telah berjuang sejak puluhan tahun demi menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sedaya upaya membawa perubahan kepada penubuhan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

Datuk Noorzunita mengenang jasa otai reformis
Datuk Noorzunita mengenang jasa otai reformis

Beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN Negeri Sembilan berharap majlis saperti itu lebih kerap diadakan bagi mengenang jasa reformis sebagai pejuang memerdekakan rakyat daripada belenggu korupsi, kronisme dan nepotisme.


"Mereka inilah tulang belakang parti dalam menggerakkan denyut nadi rakyat di bawah. Alhamdulillah, kini kita telah menjadi Kerajaan dan semoga jasa mereka (otai reformis) tidak dilupakan," kata ADUN Pilah itu.


Sementara itu, Pengerusi PKORM Negeri Sembilan Muhammad Kamel Yassin dalam ucapannya menyeru agar PKORM selepas ini memikirkan untuk menarik generasi muda menyertai perjuangan sebagai pelapis bagi meneruskan agenda reformasi pada masa depan.


Para veteran otai reformis yang hadir dalam majlis di Restoran Sharifah, Bandar Sri Sendayan itu kemudian menerima sumbangan bakul makanan, wang tunai dan sijil keahlian PKORM daripada Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Chuah, Yew Boon Lye dan Setiausaha Agung PKORM, Shaiful Anuar Sulaiman.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page