top of page

ETS 3: Perjalanan keretapi dari KL ke Johor Bahru lebih selesa, pantas



Pengangkutan rel di negara ini maju selangkah ke hadapan dengan pengenalan perkhidmatan keretapi laju ETS 3 dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dari China sempena majlis penerimaan set pertama ETS 3 dari syarikat CRRC yang berpengkalan di negara itu.

ETS model baharu yang dipesan

"Semalam saya berada di Zhuzhou China untuk menghadiri Majlis Penyampaian Set Pertama ETS 3 kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia oleh CRRC.


Menjelang tahun depan, kereta api ini akan digunapakai pada landasan KL Sentral -- JB Sentral yang akan siap kelak," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Siew Fook, dengan adanya perkhidmatan ETS itu tempot perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor akan lebih selesa. Perjalanan dalam jalan lebih 400km itu akan mengambil masa lebih singkat berbanding 4 - 5 jam sekiranya menggunakan jalan darat.


"Ia akan memudahkan perjalanan untuk rakyat di Johor, Negeri Sembilan dan Singapura dengan rangkaian rel yang sempurna," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page