top of page

ESG jadi fokus dalam bangun industri NR-REE negara - Nik Nazmi



Malaysia akan menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) untuk meningkatkan kemampanan industri tersebut.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) perlu menjadi keutamaan sejak awal, ketika kerajaan berusaha membangunkan industri NR-REE di negara ini.


"Pada masa ini, undang-undang yang membimbing kita di peringkat persekutuan masih Akta Pembangunan Mineral 1994. Jadi, kita akan melihat sama ada ia mencukupi atau tidak. Itu adalah sesuatu yang akan kita terokai.


"REE digunakan untuk produk yang menjurus kepada peralihan tenaga, seperti kenderaan elektrik, industri dan pengguna lebih mementingkan ESG berbanding sebelum ini.


"Orang ramai mahu mendapatkan produk hijau sebenar. Mereka tidak mahu membeli EV yang bahannya tidak diperoleh dengan betul. Saya fikir itulah sebabnya sangat penting untuk kita memulakan industri ini pada kedudukan yang betul," katanya dipetik.


Nik Nazmi sebelumnya menghadiri persidangan Future of Mining Asia, di Singapura.


Ogos lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menggesa Malaysia memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri NR-REE tempatan


Beliau menekankan bahawa kerjasama dengan pakar antarabangsa harus bertujuan untuk membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.


Bagaimanapun beliau mahu aktiviti penguatkuasaan diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page