top of page

Era MADANI peranan reformis lawan propaganda kaum, majukan ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read


Mustaffa Kamil berucap disaksikan Mustapa Mansor (kiri) dan ShaifulAnnuar Sulaiman
Mustaffa Kamil berucap disaksikan Mustapa Mansor (kiri) dan ShaifulAnnuar Sulaiman

Reformis yang berjasa menegakkan perjuangan reformasi sejak 1998 tetap mempunyai peranan pada era Kerajaan MADANI.


Bagi Pengerusi NGO RAPAT Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub, peranan reformis pasca reformasi adalah menjadi jurubicara kerajaan menentang dakyah pembangkang yang membawa politik adu domba.


"Sekarang ini sedikit berbeza. Reformis perlu ada kemampuan baharu menyantuni rayat. Kita tahu sebahagian besar rakyat diracuni. Konon bukan Malaysia MADANI, ini Madanon, Mahal-dah-ni....


"Ini semua tak betul, para reformis perlu perbetulkan tanggapan yang salah dan tidak tepat. Dalam masa sama, kita reformis kena banyak bersama rakyat terutama orang Melayu kerana sokongan Melayu kepada kita amat rendah yang perlu kita perbaiki.


"Reformis perlu turun ke perdesaan, ke kampung dan perbetulkan mereka," katanya dalam ucapan pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) di Restoran Amjal, Kuala Lumpur kelmarin.


Sebahagian otai reformis 98 pelbagai kaum yang memeriahkan jamuan hari raya
Sebahagian otai reformis 98 pelbagai kaum yang memeriahkan jamuan hari raya

Selain itu, kata Mustaffa, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Insken menjelaskan bahawa institut latihan itu telah menjenamakan semula skim latihan usahawannya bagi membangunkan usahawan MADANI.


Oleh itu para reformis, ujar Mustaffa, digalakkan untuk menguar uar skim latihan itu kepada rakyat.


"Kita mahu bina usahawan MADANI. Dua hari lepas saya lancarkan gerakan membangun usahawan MADANI


"Ada ruang saya boleh bantu, saya akan bantu membangun usahawan termasuk ke peringkat global, saya akan bantu," katanya.


Mengenai Pemilihan KEADILAN 2025 pula, Mustaffa berkata, beliau mungkin akan bertanding posisi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada kali ini bersama Pengerusi PKORM, Mustafa Mansor yang juga berkemungkinan bertanding posisi sama.


Otai reformis dari sejauh Johor turun ke KL untuk bertemu rakan seperjuangan sejak dua dekad lalu
Otai reformis dari sejauh Johor turun ke KL untuk bertemu rakan seperjuangan sejak dua dekad lalu

"Setiap kali musim pemilihan saya bertanding tetapi tak berapa nak menang. Dulu (lebih sedekad lalu) saya menang bertanding naib presiden, menang beberapa jawatan lain.


"Kali ini orang minta bertanding InsyaAllah saya bertanding untuk MPP.


"Kalau bertanding, InsyaAllah saya bertanding bersama saudara Mustafa Mansor yang akan bertanding MPP dalam pemilihan 2025," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page