top of page

Empat inisiatif perkasa pembangunan tenaga boleh diperbaharui

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 24
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melaksanakan empat inisiatif bertujuan memperkasa pembangunan tenaga solar, angin dan hidro dalam negara untuk beralih kepada tenaga boleh diperbaharui (TBB).


Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, strategi berkenaan antaranya adalah dengan membangunkan loji jana kuasa solar berskala besar (LSS).


Katanya, pihak kementerian juga menggalakan pemasangan sistem di bumbung bangunan melalui program Net Energy Metering (NEM) dan juga Solar for Self-Consumption (SELCO).


"Ketiga ialah melaksanakan pembangunan loji jana kuasa TBB yang dibiayai secara langsung oleh pengguna elektrik hijau melalui skim yang dipanggil Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS).


''Yang keempat adalah pembangunan projek penjanaan sumber bukan solar iaitu biogas, biojisim, hidrokuasa kecil dan angin melalui program Feed-in Tariff (FiT) dan Low Carbon Energy Generation Programme (LCEGP),'' katanya di Dewan Negara hari ini.


Beliau menjawab soalan daripada Senator Roderick Wong Siew Lead yang meminta PETRA menyatakan perincian terkini berkenaan dengan pelan tindakan, strategi atau usaha konkrit Kerajaan untuk menyokong pembangunan tenaga solar, angin dan hidro dalam negara beralih kepada tenaga boleh diperbaharui.


Menurut Akmal lagi, pelaksanaan kesemua inisiatif tersebut akan menyumbang kepada aspirasi peralihan tenaga negara.


Katanya, kerajaan mensasarkan untuk mencapai 31 peratus TBB dalam pembekalan elektrik untuk tahun ini, manakala 40 peratus pada 2035 dan 70 peratus menjelang 2050.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page