top of page

Elak tercicir terima bantuan, Veteran diseru kemaskini maklumat diri



Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemaskini maklumat diri.


Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menggesa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendaftar dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.


Melalui satu kenyataan beliau berkata, ia bagi memastikan veteran berkelayakan dapat menikmati skim disediakan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM termasuk bantuan sara hidup, persekolahan, kemasukan ke institusi pengajian tinggi, peralatan pesakit dan bencana alam dapat disalurkan secara efektif serta teratur kepada veteran berkelayakan.


"Kerajaan komited meningkatkan peruntukan JHEV ATM daripada RM118 juta kepada RM244 juta pada tahun 2024, peningkatan yang begitu ketara ini mampu memberi manfaat lebih luas kepada Veteran ATM.


"Pada tahun ini juga, kerajaan meningkatkan peruntukan bayaran sara hidup sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada RM54 juta kepada RM174 juta dan setakat 31 Mei 2024, seramai 29,247 veteran menerima faedah ini," katanya.


Beliau berkata, pendaftaran dan proses kemas kini boleh dibuat di JHEV atau persatuan-persatuan veteran di lokaliti masing-masing.


Sementara itu menurutnya, inisiatif Peduli Veteran MADANI (PVM) akan menjadi platform Kementerian Pertahanan untuk menyalurkan sumbangan kebajikan dan insentif keusahawanan kepada veteran ATM yang memerlukan sebagai galakan bagi memperkasakan sosioekonomi.


"PVM akan dipertingkat menerusi kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi berkaitan menerusi lawatan kebajikan agar tiada veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif disediakan," ujarnya.


PVM berfungsi sebagai medan interaksi dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM membabitkan lima perkara utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan serta pemerkasaan ekonomi veteran.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page