top of page

Elak lambakan tembikai, Ketua Cabang Pendang agih di bazar Ramadan


 Dato' Dr Zulkifly Mohamad mengagihkan juadah berbuka puasa kepada pengunjung bazar Ramadan
 Dato' Dr Zulkifly Mohamad mengagihkan juadah berbuka puasa kepada pengunjung bazar Ramadan

Musim tembikai yang menyaksikan hasil tuaian begitu banyak tahun ini memberi idea kepada Ketua Cabang KEADILAN Pendang, Dato' Dr Zulkifly Mohamad untuk membelinya dari petani dan mengagihkan kepada pengunjung bazar Ramadan di daerah itu.

Pengunjung bazar diberi tembikai percuma
Pengunjung bazar diberi tembikai percuma

Menurut laporan berita, sekitar lapan metrik tan tembikai telah diedar di bazar Ramadan Pekan Pendang, Kedah sejak kelmarin.


Kata Dr Zulkifly, sumbangan permulaan beliau dengan kerja sama KEADILAN Pendang itu adalah mengagihkan 1.5 metrik tan tembikai bersama 600 pek kuih muih serta kurma. Agihan, katanya, akan diteruskan di beberapa bazar lain di daerah Pendang.


Menurut beliau lagi, selain berkongsi rezeki bersama orang ramai usaha tersebut juga bertujuan untuk membantu pengusaha tembikai di kawasan itu yang menghadapi lambakan hasil menyebabkan kerugian besar kepada pengusaha berkenaan.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page