top of page

Eksport durian segar ke China tambah pasaran buah buahan tempatan



Eksport durian segar Malaysia ke pasaran China akan menambah lagi perdagangan hasil pertanian dan bakal meningkatkan pendapatan pekebun di negara ini.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, kejayaan tersebut adalah hasil kerja keras Kerajaan Madani sejak 2023.


Katanya, pihak KPKM bersama General Administration of Customs of the People's Republic of China (DACC) telah melakukan pelbagai proses termasuk menerima lawatan pasukan analisis risiko perosak di ladang durian di Perak, Johor serta gudang pembungkusan di Raub dan Bentong, Pahang sepanjang tahun lalu.


Kemuncaknya, kata Mohamad, adalah proses menandatangani protokol eksport durian segar pada Jun lalu sempena lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia.


"Dengan termeterainya protokol tersebut membolehkan eksport durian segar ke China.


"Susulan itu KPKM sedang memuktamadkan sijil dengan DACC, mengemukakan senarai ladang (yang akan mengeksport durian)," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini.


Mengenai soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) yang bertanya apakah KPKM telah meneroka pasaran lain untuk durian, Mohamad berkata, sekakat ini hanya rakyat China yang suka makan durian.


Katanya, durian juga diperkenalkan ke pasaran negara Arab tetapi tidak diminati kerana baunya yang kuat.


Begitu juga ke pasaran Eropah yang terdapat hanya sedikit permintaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page