top of page

'Ekonomi pulih, rakyat puas hati, pembangkang jangan main retorik'



Oleh: Fiza Halim


Percubaan pembangkang PN untuk menggambarkan ekonomi negara terus memburuk dan harga barang keperluan naik mendadak tidak akan berjaya.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, memomokkan bahawa ekonomi tidak berkembang di bawah Kerajaan Madani hanyalah berdasarkan sentimen semata-mata.


Katanya, sekiranya rakyat melihat fakta dan data yang mana ekonomi tumbuh lebih 5% setahun sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pemerintahan, dan harga barang keperluan terkawal serta peluang pekerjaan bertambah maka retorik pembangkang tidak perlu dilayan.


"Bila kita (Kerajan Madani) bercakap kita tidak menggunakan sentimen, tidak bercakap auta tetapi kita bercakap asasnya fakta dan data.


"Kos harga barang contohnya, zaman PN di bawah Muhyiddin harga ayam melambung tinggi sekarang harga ayam mula turun di bawah Kerajaan Madani. Rungutan pembangkang ekonomi teruk, adalah tidak tepat.


"Kalau kita tengok setiap kali ada event, food festival rakyat keluar berbelanja dan mereka ada kos untuk berbelanja, pembangkang perlu tengok data," katanya kepada Suara Keadilan.


Di samping itu, Dr Taufiq juga tidak menolak kemungkinan rakyat akan menikmati lebih banyak manfaat di bawah kerajaan hari ini kerana dalam tempoh dua tahun sahaja ekonomi sudah berada pada landasan yang betul.


"Pada tahun terakhir penggal ini, macam-macam telah dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat akhirnya menikmati manfaat tersebut.


"Kerajaan akan dapat mengekalkan kesinambungan dalam pemerintahan selepas ini, dan mengurangkan beban hutang negara," katanya lagi.


Untuk rekod, pembangkang sentiasa menggambarkan suasana ekonomi muram selama dua tahun. Harga barang digambarkan meningkat, sedangkan kenaikan harga tidak melibatkan barang keperluan dan lebih kepada barangan mewah.


Pengangguran anak muda turut digambarkan tinggi sepanjang 2024, sedangkan faktanya peluang kerja bertambah dan pelbagai insentif kenaikan gaji di sektor awam dan swasta diperkenalkan kerajaan bagi menyeimbangkan pendapatan berbanding kos kehidupan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page