top of page

Ekonomi merudum: Pentadbiran Perpaduan jauh lebih baik daripada PN



Kaedah berkempen dengan mentohmah kononnya ekonomi negara merudum tidak seharusnya digunakan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada ceramah grand finale di Sungai Bakap malam tadi.


Katanya, tidak wajar pemimpin PN terutama pengerusinya, Muhyiddin Yassin memainkan isu kononnya ekonomi jatuh kerana mereka tidak boleh membuktikan tuduhan tersebut.


"Kita tengok kadar pertumbuhan ekonomi, tengok kadar pengangguran. Berapa orang yang ada kerja, berapa orang tak ada kerja? Kita tengok kadar pertumbuhan gaji tahunan. Kita tengok kadar inflasi, tengok kadar kemasukan pelaburan langsung asing.


"Tengok prestasi saham di pasaran saham. Saya tanya dia, kat mana yang merudum? Setiap satu itu jauh lebih baik daripada Muhyiddin Yassin jadi PM (2020 - 2021).


"Pertumbuhan ekonomi IshaAllah tahun ini melapasi 4% dan Malaysia dilihat sebagai negara yang ekonominya berkembang paling rancak di rantau ini," katanya dalam ceramah di Bandar Tasek Mutiara, Puteri Gunong malam tadi.


Bukti ekonomi tidak merudum juga, kata Rafizi, boleh dilihat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji perkhidmatan awam yang akan diperincikan dalam Belanjawan 2025, Oktober ini.


Malah katanya, gaji pekerja swasta juga telah meningkat secara signifikan pada tahun ini.


"Gaji swasta untuk 2023 dan berterusan 2024, kenaikannya antara yang tertinggi dalam tempoh 6 - 7 tahun lepas.


"Kenaikan purata gaji kakitangan swasta 4 - 5%. Tahun lepas dan tahun ini dijangka akan naik lagi


"Harga barang ... inflasi 1.8%. Zaman kamu (Muhyiddin) inflasi 4%. Zaman dia naik tiap tiap bulan, 2 kali ganda lebih cepat daripada sekarang.


"Inflasi Malaysia antara yang terbaik di dunia. Jadi kat mana kata ekonomi merudum?


"Kita semua tahu permainan mereka guna emosi untuk mengapi apikan, terutama orang Melayu supaya agenda membodohkan rakyat terpalksana


"Dengan mainkan api sentimen ini rakyat tidak akan pandang fakta," kata Rafizi lagi.


Oleh itu beliau menasihatkan pengundi di Sungai Bakap menggunakan kematangan mereka untuk menolak PN dan pengundi PH-Perpaduan di kotak undi pada 6 Julai.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page