top of page

Ekonomi meningkat, dividen ASB naik di bawah Kerajaan Madani



Oleh: Fiza Halim


Kejayaan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan pada 2024 boleh dilihat dengan peningkatan Bursa Malaysia, dan kepada rakyat biasa peningkatan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada paras tertinggi dalam tempoh lima tahun.


Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, hal itu jelas membuktikan bahawa ekonomi negara telah berada di landasan yang betul di samping kerajaan berjaya memperjuangkan ekonomi orang Melayu.


"Kerajaan Madani telah mencatatkan kejayaan dalam meningkatkan ekonomi, terutamanya bagi masyarakat Melayu, sepanjang dua tahun pemerintahan berbanding dengan kerajaan sebelumnya.


"Terdapat peningkatan pelaburan yang menunjukkan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kabinetnya dalam menarik pelaburan asing ke negara ini," ketika dihubungi.


Selain itu, menurut Dr Taufiq, kestabilan politik dianggap sebagai faktor penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mana pelabur asing kini lebih yakin terhadap Malaysia dan tidak bimbang tentang perubahan polisi dalam waktu terdekat.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan ke pelbagai negara untuk mempromosikan Malaysia, yang telah membantu meningkatkan pengiktirafan global terhadap negara ini dan membawa masuk pelaburan bernilai puluhan bilion ringgit.


"Walaupun terdapat beberapa polisi yang tidak popular seperti subsidi bersasar, kerajaan tetap berkomitmen untuk memberikan manfaat kepada 85% golongan B40.


"Ini termasuk inisiatif untuk meningkatkan gaji penjawat awam dan memperkenalkan dasar gaji progresif untuk pekerja swasta," ulasnya lagi.


Pada 24 Disember 2024 lalu Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan ASB sebanyak 5.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.


Jumlah tersebut terdiri daripada agihan pendapatan 5.5 sen dan bonus 0.25 sen, menjadikan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM10.1 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 11.1 juta pemegang unit.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page