top of page

ECRL akan digunakan angkut kereta Perodua ke pantai timur bermula 2027



Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk memanfaatkan perkhidmatan pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi mengangkut kereta dan alat ganti Perodua bermula 2027.


Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata selepas ECRL beroperasi pada Januari 2027, MRL telah merangka dan menyediakan penyelesaian pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai yang disesuaikan dengan keperluan Perodua yang berpotensi mengurangkan kos logistik.


MRL ialah pemilik projek ECRL sepanjang 665 kilometer (km) yang merentasi negeri-negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang menghubungkannya dengan Lembah Klang.


"ECRL akan menjadi perintis pengangkutan kenderaan Perodua melalui rel ke negeri-negeri di pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang, sejajar dengan komitmen Perodua untuk memodenkan logistiknya melalui pengangkutan rel yang lebih cekap dan hijau," kata beliau dalam ucapannya di majlis menandatangani MoU dan majlis pertukaran dokumen di antara Perodua dan MRL semalam.


Majlis itu disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, syarikat itu akan memanfaatkan ECRL untuk mengangkut kereta dari kilangnya di Serendah, Selangor ke pantai timur, Sabah dan Sarawak.


"Kita akan bermula dengan mengangkut kereta Perodua dan kemudian beralih kepada alat ganti, yang kebanyakannya alat ganti dari Jepun dan dengan menggunakan Pelabuhan Kuantan, ia sebenarnya lebih dekat dari Pelabuhan Klang," tambahnya.


Jajaran rel ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi pada Januari 2027.


Jajaran rangkaian rel antara Gombak dan Pelabuhan Klang dijadualkan siap pada Disember 2027, dengan operasi penuh akan bermula dari Januari 2028.


Sebelum ini, kos pembinaan projek ECRL dari Kota Baru ke Pelabuhan Klang sepanjang 665 km dengan 20 stesen di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor kekal pada RM50.27 bilion.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page