top of page

Duta Cuba puji dasar luar, inisiatif strategik PM Anwar



Dasar luar dan inisiatif strategik oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara luar termasuk Selatan Global mendapat pujian.

Duta Cuba ke Malaysia, Florentino Batista Gonzalez dipetik laporan media berkata, inisiatif itu menggalakkan kerjasama lebih erat dalam kalangan negara membangun.


Pembabitan aktif Malaysia dalam pelbagai forum pelbagai hala, termasuk APEC dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membawa peluang besar kepada negara, malah pendekatan seimbang dalam hubungan luar telah menggambarkan Malaysia sebagai 'sekutu sejati.'


"Malaysia mempertahankan kepentingan rakyat dan syarikatnya. Inilah yang menjadikannya begitu tulen.


"Usaha ini membawa sumber kepada rakyat, syarikat dan ekonomi Malaysia. Inilah contoh hubungan diplomatik yang hebat," katanya.


Mengulas lanjut Gonzalez berkata, pembabitan Malaysia dengan BRICS (Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan) dianggap langkah berani dan berpandangan jauh yang diperlukan bagi menangani cabaran global masa kini.


"Pendekatan ini adalah langkah pragmatik sebenar untuk rakyat dan masyarakat Malaysia. Beliau (Anwar) berjaya mengenal pasti dan memanfaatkan setiap peluang baharu.


"BRICS hanyalah satu daripadanya. Ini mengenai mencari alternatif dan mempunyai pilihan lain, kerana jika anda ada satu, tetapi boleh mempunyai dua, ia tentu lebih baik," katanya.


Malaysia dan Cuba menjalin hubungan diplomatik sejak 1975 dan Kedutaan Cuba di Malaysia dibuka pada 1997, diikuti pembukaan Kedutaan Malaysia di Cuba pada 2001.

Kedua-dua negara berkongsi pendirian sama dalam isu berkaitan konflik di Palestin.


Sementara itu Gonzalez sebagai mengulas peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan menyatakan potensi Malaysia sebagai jambatan penting kepada hubungan antara Amerika Latin dan Asia Tenggara.


"Malaysia sangat dihormati dalam kalangan negara jiran ASEAN. Kepimpinan Malaysia diakui, dihargai dan sentiasa dinantikan, terutama ketika Malaysia memegang jawatan pengerusi," katanya.

0 comments

Comentarii


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page