top of page

'Dunia saling bergantung, nilai semula maksud kerjasama, keberhasilan bersama'



Era teknologi digital yang berkembang pesat menghasilkan dunia yang saling berhubung serta bergantung antara satu sama lain.


Oleh itu, menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, hal berkenaan memerlukan pertubuhan perdagangan dan negara di dunia menilai semula maksud sebenar "kerjasama dan keberhasilan bersama".


Perkara tersebut diutarakan Anwar dalam Dialog Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi APEC 2024 bersama tetamu, yang dipengerusikan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra.


Kata Anwar, Ekonomi APEC perlu beralih daripada langkah reaktif kepada kerjasama ekonomi yang proaktif serta berdaya tahan.


"Ia perlukan integrasi digital, pembiayaan hijau yang mantap, serta rantaian bekalan yang adil dan telus.


"Selain itu, rangkaian digital rentas sempadan pula mampu memperkukuh daya tahan global. Sebagai contoh, kerjasama dengan platform seperti OECD boleh merapatkan jurang digital melalui akses digital yang mampu milik," kata Anwar di Facebook.


Beliau dalam dialog itu juga menyentuh persoalan politik Timur Tengah berhubung genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.


DS Anwar bertemu Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau di persidangan APEC

PM menegaskan negara dunia tidak boleh mengabaikan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, keganasan, penganiayaan dan pencerobohan rejim Zionis Israel.


Ucapan tersebut ditujukan kepada perwakilan Amerika Syarikat dan Kanada yang merupakan sekutu Israel.


Selain itu, PM juga mahu blok utama kerjasama ekonomi seperti APEC dan BRICS berdamai dan membentuk dunia yang lebih membela dan prihatin terhadap negara serta golongan lemah.


"Saya bangkitkan soal APEC dan BRICS yang harus memanfaatkan kekuatan bersama untuk membentuk semula struktur kuasa ekonomi dengan tumpuan kepada inovasi lestari dan perdagangan yang saksama.


"Dengan mengutamakan pelaburan dalam teknologi hijau, kewangan digital, dan infrastruktur mampan, kerjasama ini mampu mencetuskan model pembangunan inklusif yang memberi manfaat kepada seluruh rantau


"Sebagai peneraju, APEC perlu mencipta sejarah dengan tindakan berani yang menjamin kemakmuran yang mampan dan adil untuk generasi akan datang," katanya lagi.


Untuk rekod, PM Anwar menghadiri mesyuarat dua hari APEC di Peru.


APEC merupakan kerjasama ekonomi 21 negara negara yang meliputi pantai lautan Pasifik.


Termasuk kuasa ekonomi dunia seperti Ameriak Syarikat dan Kanada, Jepun, Korea Selatan, Australia dan negara negara Asia lain.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page