top of page

Dunia Islam mesti tegas beri tekanan kepada Israel - PM



Dunia harus memberikan tekanan lebih kuat bagi memastikan kekejaman dan kezaliman rejim Israel terutama terhadap Gaza dapat dihentikan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun ada pemimpin luar negara yang menasihatkan beliau untuk tidak terlalu ‘berkeras’ dalam isu Palestin, namun beliau tetap dengan pendiriannya supaya keadilan dalam nilai kemanusiaan terutama kepada Palestin dapat ditegakkan.

"Memang ada sahabat-sahabat saya nasihat, Anwar kita negara kecil jangan keras sangat. Saya kawan baik juga (dengan pemimpin luar), di Vientiane (Laos) saya jumpa Anthony Blinken (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) satu jam.

"Bab pelaburan, bab Gaza dan Lubnan kita sebut. Amerika kata janganlah baik dengan Rusia, saya kata itu salah kamu jangan suruh kami pula. Kami negara merdeka berdaulat, kami buat keputusan untuk rakyat dan negara kami," kata Anwar dipetik.


Sementara itu beliau menegaskan, dunia Islam perlu bersatu dan menunjukkan kekuatan untuk memberi tekanan kepada Israel dan negara sekutunya.


Perkara itu telah disampaikan kepada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman ketika Perdana Menteri Arab Saudi itu mengundangnya untuk menghadiri persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.


"Putera (Mahkota Arab Saudi) Mohammed bin Salman maklum ada persidangan khas OIC di Riyadh dan minta saya hadir, jadi saya jawab insya-Allah saya cuba.


"Tapi saya kata harus ada yang kuat sikit (tekanan) kalau tidak macam lemah," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page