top of page

DUN Selangor dijangka bahas insiden kebakaran paip gas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Speaker DUN Selangor Lau Weng San dalam sidang media mengenai persidangan DUN Selangor
Speaker DUN Selangor Lau Weng San dalam sidang media mengenai persidangan DUN Selangor

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka akan membahaskan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights terutama berkaitan aspek keselamatan zon penampan pada persidangan akan datang.


Speaker DUN Selangor Lau Weng San, berkata pihaknya menjangkakan banyak soalan berkaitan jarak selamat bagi pembangunan infrastruktur di kawasan berisiko akan dikemukakan yang memerlukan penjelasan terperinci dan teknikal oleh Exco bertanggungjawab terhadap Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.


"Kerajaan tidak akan membuat rumusan awal berhubung insiden itu kerana ia masih dalam siasatan yang kita yakin, pihak eksekutif akan menyelesaikan segera urusan berkenaan.


"Dalam masa yang sama, pihak legislatif akan membincangkan isu berkenaan di dalam Sidang DUN Julai nanti," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam pada Selasa.


Pada 1 April lalu, negara digemparkan dengan kejadian kebakaran saluran gas di Putra Heights yang mengakibatkan api menjulang setinggi 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius sehingga menjejaskan 219 rumah di kawasan sekitar.


Punca sebenar kejadian masih dalam proses siasatan.


Sementara itu Weng San menyatakan harapan agar mendapat perbahasan yang baik daripada semua Ahli Dewan khususnya berhubung langkah menetapkan laluan serta kawasan penampan lebih selamat dalam konteks infrastruktur industri.


Ini kerana Kerajaan Negeri jelasnya akan menggunakan peluang berkenaan untuk mewujudkan polisi baharu bagi mengelakkan kejadian kebakaran serupa berulang pada masa akan datang.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page