top of page

DUN Mahkota: SPR ramal peratusan keluar mengundi capai 60%



Oleh: Abdullah Zaid


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meramalkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota boleh melebihi 60%.


Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jangkaan itu lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yang mencatat 57% dan diadakan dalam suasana pasca Covid 19.


"Kita lihat ada peningkatan agak baik setakat ini dan berharap peratusan keluar mengundi akan terus meningkat bagi memastikan proses demokrasi ini berjalan lancar.


"Kita juga menyeru pengundi keluar lebih awal memandangkan cuaca diramal hujan pada sebelah petang nanti," katanya menerusi siaran langsung daripada Sinar Harian.


Ujar beliau, berdasarkan peratusan keluar mengundi setakat pukul 11 pagi tadi yang mencecah 23.39% adalah lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu iaitu sekitar 22.4%


Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa tiada laporan insiden tidak diingini sepanjang 14 hari berkempen.


Namun, pihaknya dimaklumkan terdapat dua laporan polis telah dibuat berkait PRK Mahkota dan perkara tersebut sedang di bawah siasatan polis.


"Setakat ini tiada insiden yang kita terima cuma ada dua laporan polis dan polis masih dalam siasatan pihak polis," ujarnya.


Seramai 66,318 pengundi berdaftar akan memilih mengundi hari ini membabitkan 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan 109 saluran bermula 8 pagi hingga 6 petang nanti.


Pengumuman keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 9 malam nanti.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page