top of page

'DUN Mahkota kubu selamat BN, mampu menang bergaya'



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK DUN MAHKOTA: Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota sudah berakhir pagi tadi dan kini sah hanya pertandingan satu lawan satu berlaku antara BN dengan PN pada 28 September depan.


Calon BN iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.00 pagi dan diikuti lima minit kemudian oleh calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.


Kedua-dua calon diiringi oleh pimpinan utama kedua-dua parti tetapi jumlah penyokong yang mengiringi calon BN adalah lebih ramai berbanding penyokong PN.


Keadaan ini tidaklah menghairankan kerana DUN Mahkota boleh dikatakan kubu yang selamat buat BN lantaran mereka telah menang dengan majoriti yang selama pada PRN Johor sebelum ini.


Dengan berbekalkan majoriti kemenangan sebanyak 5,166 pada PRN Johor sebelum ini, BN memang diketahui sedang bersemangat tinggi untuk mempertahankan kerusi tersebut.


Satu lawan satu


Apa lagi pertembungan kali ini hanya pertandingan satu lawan satu berbanding perlawanan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Johor awal 2022 lalu.


Kesatuan BN - PH bakal mencatat keoutusan cemerlang dalam PRK DUN Mahkota

Tambahan pula dengan kerjasama dan disokong oleh PH, hampir tiada sebab untuk BN boleh kalah pada PRK 28 September nanti.


Bagaimanapun BN dan PH yang bekerjasama melalui Kerajaan Perpaduan tetap tidak memandang mudah PRK ini.


Mereka akan berkempen seperti biasa dan matlamat yang ingin dicapai bukan saja untuk memperolehi kemenangan tetapi juga meningkatkan lagi jumlah majoriti kemenangan.


Makin tinggi majoriti yang mampu dimenangi, bererti makin bertambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page