top of page

DUN Mahkota: Jangan bincang isu kerusi di media - Mohamad Sabu



Persoalan dan tuntutan beberapa parti komponen Kerajaan Perpaduan untuk bertanding di DUN Mahkota yang kosong selepas penyandangnya meninggal dunia tidak seharusnya dilakukan menerusi media.


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian dalam satu kenyataan susulan beberapa pemimpin UMNO dan AMANAH menyatakan tuntutan untuk bertanding di kerusi berkenaan semalam.


"Saya ambil maklum tuntutan kerusi DUN Mahkota oleh akar umbi AMANAH yang telah diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain Jumaat lalu.


"Saya menegaskan bahawa isu tuntutan kerusi DUN Mahkota ini tidak perlu dibincangkan melalui media memandangkan isu ini masih belum dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan," kata Mohamad dalam satu kenyataan.


Tegas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, pada peringkat ini lebih baik anggota parti Perpaduan menumpukan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Nenggiri, Kelantan yang amat sengit berbanding berusaha untuk mendapatkan kerusi di Johor.


"Saya menyeru semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan terutama ahli AMANAH untuk memberikan tumpuan penuh kepada PRK Nenggiri yang sedang dipertandingkan sekarang.


"AMANAH terus komited kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page