top of page

DUN Mahkota: Dr Zaliha, jentera KEADILAN berkempen menangkan calon Perpaduan



Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustapha bersama jentera KEADILAN Johor semalam seharian suntuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota, Johor.


Dr Zaliha memulakan kempen dengan bersarapan pagi bersama jentera KEADILAN di Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN, Taman Berlian Biru, Kluang sebelum mengunjungi pengundi di beberapa kawasan yang ditetapkan.


"Alhamdulilah, saya melihat kesemua jentera KEADILAN telah memberi komitmen yang baik supaya kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional N.29 Mahkota, Sdr Syed Hussien Syed Abdullah yang mewakili kerajaan Perpaduan," katanya dalam catatan di Facebook.


Dr Zaliha bersama Setiausaha Politknya, Nurin Aina menyantuni pengundi DUN Mahkota di medan selera

Dr Zaliha yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sempat singgah dan beramah mesra dengan pengunjung Medan Selera Anita, Kluang pada sebelah tengah hari dalam jelajah merayu undi bagi memenangkan calon BN.


"Berkesempatan juga menyantuni dan beramah mesra dengan penduduk tempatan yang turut menjamu selera.


"Undilah Calon Nombor 1, Syed Hussien Syed Abdullah dari Barisan Nasional. Bersama Perpaduan Memperkasa Pembangunan Mahkota," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page