top of page

Dukungan rakyat suntik semangat PMX cemerlangkan negara



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Kerinduan rakyat terhadap PMX terubat apabila beliau selamat kembali ke tanahair tengahari ini.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang ke Malaysia daripada lawatan rasmi ke luar negara pagi tadi.


Satu sambutan sederhana tapi meriah berjaya diadakan menyambut kepulangan tokoh karismatik itu di sebuah lokasi berhampiran KLIA.


Anwar terlihat gembira pulang ke tanahair dan sentiasa ceria ketika bersalaman dengan pelbagai lapisan rakyat yang menyambut kepulangannya.


Sebelum mengunjungi Brazil, Anwar sebelumnya melawat Peru, Arab Saudi dan Mesir.


Dalam lawatan beliau ke empat negara berkenaan, Anwar berjaya membawa suara rakyat Malaysia berkaitan isu Palestin dan mengukuhkan lagi jalinan ekonomi negara.


Selain itu, melalui perjumpaan dengan pelbagai pihak, sejumlah potensi pelaburan juga telah diraih.


Di Brazil, potensi pelaburan yang berjaya diraih berjumlah RM6.8 bilion, di Peru RM1.24 bilion dan di Mesir RM4.8 bilion.

Memanjatkan rasa syukur


Dalam catatan di media sosialnya selepas tiba di tanah air, Anwar memanjatkan rasa syukur atas kejayaan lawatannya kali ini.


"Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di tanah air lewat pagi tadi. Barisan delegasi dan saya begitu teruja saat Malaysia diberi ruang di pelbagai platform antarabangsa di mana pendirian dan ketegasan negara berjaya dilontarkan dengan baik yang mencerminkan hasrat dan nurani rakyat.


"Tentunya ekonomi dan peluang pelaburan yang menjadi keutamaan terutamanya sebagai usaha bagi melonjak negara dan tahap kesejahteraan rakyat ke tahap yang membanggakan.


"Sejumlah pertemuan bersama beberapa pemimpin dunia turut dimanfaatkan untuk mengangkat nasib warga Palestin yang terus dibedil rejim Israel yang ganas dan biadab. Semestinya usaha itu tidak terhenti disitu, malah Malaysia akan terus perhebatkan ngaumannya agar keadilan terpacul dan hak asasi manusia kembali dihormati terutamanya di bumi Palestin.


"Insya-Allah, kita akan terus bekerja dan tidak akan sesekali meremehkan harapan rakyat yang menggunung.


"Terima kasih kepada semua yang hadir di Kompleks Bunga Raya dan juga yang ramai bersama di tapak (stesen minyak) Petronas.


"Dukungan rakyat akan sentiasa menyunting semangat untuk terus bersungguh mengejar kejayaan buat rakyat dan negara," demikian kata Anwar dalam catatannya.

________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page