top of page

Dukung penggiat seni tempatan lahirkan seniman tersohor



Oleh: Akmal Manaf


Penggiat seni harus diberikan penghormatan sewajarnya dan sokongan yang berterusan agar karya mereka terus berkembang, sekali gus memberi impak positif kepada negara.


Demikian pandangan Pengerusi Biro Kesenian, Kesenian dan Sukan AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim sempena Hari Seniman Malaysia 2025 yang disambut pada 22 Mac setiap tahun.


Beliau berkata, AMANAH akan terus memperjuangkan dasar yang memastikan kebajikan golongan seniman dijaga, ekosistem industri kreatif diperkukuh, serta hak dan kebebasan berkarya dihormati.


Katanya, AMANAH juga percaya bahawa seni bukan sahaja boleh menjadi medium penting dalam mendidik dan menyampaikan nilai-nilai moral, malah membentuk minda masyarakat yang progresif serta berintegriti serta menjadi pemangkin kepada agenda pembangunan negara bangsa.


''Malaysia juga harus terus melahirkan tokoh-tokoh seperti Tan Sri P Ramlee, Datuk Sudirman Haji Arshad dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bukan sahaja mengangkat agenda pengukuhan bangsa dalam karya mereka, tetapi juga menjadi duta membawa citra negara ke mata dunia.


''Sehubungan itu, AMANAH mengajak semua pihak termasuk kerajaan, masyarakat dan sektor swasta untuk terus mendukung penggiat seni tempatan.


''Marilah kita bersama-sama menjadikan seni sebagai alat pemersatu, pencetus pemikiran dan penggerak perubahan ke arah Malaysia yang lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global,'' katanya daalm satu kenyataan.


Wan Anwar menyifatkan, seni bukan sekadar hiburan malah ia merupakan wahana yang menyatukan rakyat merentasi budaya, generasi, dan latar belakang.


Ujarnya, tema tahun ini iaitu 'Seni Merentasi Budaya dan Generasi' amat bertepatan dengan semangat Malaysia yang berbilang kaum.


''Seni telah lama menjadi pemangkin kepada perpaduan dan pemahaman yang lebih mendalam antara rakyat, membina sebuah masyarakat yang harmoni dan saling menghormati.


''Sebagai sebuah parti yang menjunjung nilai amanah, AMANAH percaya bahawa seni perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan,'' katanya lagi.

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page