top of page

Dua peringkat penyasaran subsidi RON95 akan diperkenalkan - Rafizi



Kerajaan bakal melaksana dua peringkat penyasaran semula subsidi RON95 iaitu 'front-end' membabitkan operasi di stesen minyak dan 'back-end' merangkumi penentuan kelayakan mereka yang tergolong dalam 85% layak mendapat subsidi.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan menentukan pengguna yang layak menerima subsidi dalam pelaksanaan penyasaran semula subsidi itu kelak.


Menurutnya, urusan 'back-end' akan diuruskan kementerian itu, di mana satu Mesyuarat Jemaah Menteri diangkat ke Kabinet untuk mendapat kelulusan sebelum pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 dapat direalisasikan.


"Kalau ikut perbincangan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 membabitkan dua peringkat.


"Penentuan kelayakan akan diuruskan Kementerian Ekonomi. Kita akan angkat ke Kabinet untuk mendapat kelulusan," katanya dipetik pada sesi interaksi bersama warga Kementerian Ekonomi bersempena perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya pada Jumaat.


Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.


Penjimatan sebanyak RM8 bilion hasil 40 peratus subsidi petrol RON95 yang dinikmati warga asing dan golongan maha kaya akan dimanfaatkan semula untuk kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page