top of page

'Dua Juta Orang Kelantan Cari Makan Di Luar'



Oleh: Dr Bam Al-Haj


ULASAN: Inilah bukti kehebatan orang Kelantan. Mereka tidak lupa kampung halaman semasa menyambut hari raya. Itulah sebabnya mereka tidak bina stesen bas besar di Kota Bharu. Sebab tak perlu sangat.


Dua juta kereta dari luar Kelantan itu menunjukkan mereka bekerja dan carma (cari makan) bukan di Kelantan tetapi di luar Kelantan.


Jika benar stesen bas Kota Bharu itu penting, seorang (anak rantau) menderma RM10 x 2 juta = RM20 juta. Cukup jumlah untuk membinanya.


Tetapi sebab orang Kelantan yang bekerja di luar Kelantan semuanya mampu membeli kereta maka tidak ramai yang nak balik kampung naik bas.


Maka Kerajaan Negeri pun tidak berapa berminat untuk membina Stesen Bas Kota Bharu. "Ada aku kisah?"


Banyak juga yang balik kampung naik kapal terbang. Jimat masa dan tidaklah mahal jika ditempah lebih awal.


Gagal sediakan peluang pekerjaan


Kemasukan dua juta kereta itu juga membuktikan kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan memajukan negeri itu sehingga begitu ramai terpaksa bekerja di luar Kelantan.


Maka 35 tahun menjadi kerajaan tanpa kemajuan yang signifikan adalah sesuatu yang cukup memalukan, melainkan mereka tidak tahu malu.

JPJ menjangkakan 2 juta kenderaan masuk Kelantan pada musim cuti Aidilfitri
JPJ menjangkakan 2 juta kenderaan masuk Kelantan pada musim cuti Aidilfitri

Selain kegagalan membina Stesen Bas Kota Bharu, Kelantan juga belum mampu menyelesaikan masalah banjir yang melanda hampir separuh negeri itu pada musim tengkujuh saban tahun. Masalah penyalahgunaan dadah, jenayah dan perceraian juga masih tinggi.


Tiada pelaburan besar dibawa masuk dan tiada idea baharu untuk membangunkan negeri. Yang sering dituntut ialah royalti minyak. Namun apabila diberikan sekian banyak wang tidak nampak pula hasilnya untuk rakyat. Membeli Mercedes Benz dan meluluskan bonus RM50,000 kepada semua Exco Kerajaan Negeri lebih utama daripada rakyat biasa.


Tetapi para pemimpin Kelantan tetap bermuka tebal. Sanggup meminta-minta terus daripada kerajaan pusat.


Lebìh malang lagi, kedengaran pula isu pemberian tanah kepada warga China untuk bertanam Musang King puluhan ribu ekar.

Ibarat "menepuk air di dulang, mercik ke muka sendiri". "Mengata dulang paku serpih".


Negeri Kerajaan Perpaduan tempat cari rezeki


Maka dua juta kenderaan yang memasuki Kelantan setiap tahun juga membuktikan bahawa negeri-negeri lain seperti Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan-Barisan Nasional adalah negeri-negeri maju dan lubuk mencari rezeki.


Ini fakta. Fakta ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana otak yang waras dan mampu berfikir rasional. Melainkan sebaliknya.

Namun fakta benar ini tetaplah dipusing dan diputar-belitkan oleh pembangkang.


Mungkin mereka sengaja menggunakan strategi Sun Tzu "Art of War" - menyerang musuh di tempat musuh. Atau mereka sengaja menggunakan fitnah sebagai propaganda mengikut "sunnah" (ajaran) Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Nazi zaman Hitler untuk mempengaruhi rakyat yang malas berfikir.


Sebab itulah naratif "Melayu-Islam terancam" terus diputarkan setiap saat di media sosial. Ratib "DAP DAP DAP" terus dikumandangkan kononnya parti berbilang kaum dominan Cina itu sedang menunggang kerajaan.


Walhal mereka tidak pernahpun membuktikan keberadaan DAP dalam kerajaan Madani telah menyebabkan Melayu-Islam terpinggir dan tergugat. Bukankah beban bukti itu kepada yang menuduh?


 

Dr Bam Al-Haj merupakan penulis bebas dan ahli NeuroMarketing Strategist.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page