top of page

Dua firma India bakal melabur AS$1 bilion, bina taman, studio filem AI



Syarikat global terkemuka terus melabur di Malaysia, dengan perbincangan terkini dilakukan oleh kerajaan dengan syarikat Eros Investments Group dan Immerso AI-IP dari India untuk mengembangkan operasi ke negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.


Beliau dalam kenyataan berkata usaha niaga melibatkan projek Taman Kecerdasan Buatan (AI) dan studio filem AI pertama di Malaysia melibatkan pelaburan sebanyak AS$1 bilion, dengan potensi penciptaan 5,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.


"Semasa lawatan saya ke New Delhi baru-baru ini, saya menghadiri beberapa siri mesyuarat dengan beberapa pembuat keputusan syarikat India utama, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Immerso AI-IP, Ali Hussein yang syarikatnya merupakan sebahagian daripada Eros Investments Group.


"Semasa mesyuarat itu, saya diberi taklimat tentang Taman kecerdasan buatan (AI) Immerso AI-IP dan studio filem AInya - yang pertama dibina di Malaysia," katanya.


Gobind berkata projek Taman AI Immerso akan merangkumi universiti AI dan pusat data AI yang bakal memacu kerjasama global untuk menyokong syarikat permulaan.


"Studio filem AI dan hab bandar filem akan meningkatkan kemahiran bakat dalam transmedia dan produksi digital di Malaysia.


"Usaha niaga itu juga akan mengenal pasti peluang untuk memasukkan kandungan Malaysia ke dalam harta intelek (IP) sedia ada dan baharu syarikat," ujarnya.


Selain itu, kata beliau melalui MoU antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Nasscom, bakat tempatan akan dilatih dalam beberapa bidang utama dalam bidang digital, iaitu Generative Artificial Intelligence (AI), keselamatan siber, pembangunan perisian dan teknologi Next Gen.


Katanya pelaburan dalam sektor kandungan digital negara sahaja melonjak kepada RM1.6 bilion tahun lepas daripada RM550 juta pada 2022, melalui inisiatif Digital Malaysia oleh MDEC.


"Perjalanan ke New Delhi telah membuka peluang baharu, dan saya mengharapkan pelaburan ini, yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page