top of page

'DRT Selangor berbeza NFC, ada POC' - AMK Selangor



Oleh: Abdullah Zaid


Dakwaan pihak tertentu yang cuba mengaitkan Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) Selangor dengan kes syarikat milik suami Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam National Feedlot Corporation (NFC) memberi gambaran yang tidak adil kepada usaha Kerajaan Negeri dalam mengamalkan konsep tatakelola baik.


Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq berkata, pemberian projek percubaan itu kepada dua syarikat pengendali pengangkutan bas mini 'atas permintaan' adalah berbeza memandangkan syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) milik suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh perlu yang dipertikaikan itu merupakan salah satu daripada dua syarikat yang diberikan lesen oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengoperasikan perkhidmatan terbabit di negara ini.


"Isunya projek DRT ada dua syarikat yang diberikan lesen oleh APAD mengendali projek rintis tersebut untuk sembilan bulan bagi pembuktian konsep (POC) mana yang lebih baik.


"Jadi syarikat yang terpilih itu perlu menunjukkan prestasi yang terbaik sebelum kontrak rasmi diberikan kepada mereka yang layak.


"Berbanding dengan isu NFC, kita tidak (lihat) ada standard sebegini (untuk projek ternakan lembu itu)," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, Haziq yang juga Ketua AMK Ampang berkata, projek DRT itu masih lagi diperingkat percubaan dan sekiranya satu daripada syarikat digugurkan semasa POC dijalankan, maka tiada perbandingan akan dapat dibuat untuk menentukan syarikat mana yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik.


"Projek DRT setakat ini hanya dua sahaja yang memenuhi aspek APAD, sekiranya salah satu digugurkan ia sudah tentu boleh menjejaskan kualiti dan tawaran syarikat mana yang lebih baik," kata Haziq.


Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan siasatan interim berhubung projek rintis itu tidak menemukan sebarang kesalahan dan kes dalam isu tersebut.


Jelasnya, pemberian kontrak itu tiada kaitan antara Kerajaan Selangor dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page