top of page

Isu DRT: Kerajaan Selangor perlu lebih cermat, elak 'conflict of interest'



Isu Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) yang membabitkan nama pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) dan dijadikan mainan politik oleh pembangkang sejak beberapa minggu lalu seharusnya dielakkan daripada berlaku pada masa hadapan.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Arshad Hassni, perkara yang membabitkan 'conflict of interest' tidak sewajarnya diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpian PH bagi menjamin keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap tadbir urus Kerajaan Perpaduan terus kekal berada pada tahap tertinggi.


Hal itu, katanya, seiring dengan prinsip Perdana Menteri yang sentiasa menekankan prinsip amanah dan tatakelola baik (good governance) khususnya dalam urusan melibatkan wang rakyat.

Arshad Hassni

"Lantikan syarikat Asia Mobility yang diumumkan baru-baru ini bagi melaksanakan Projek Rintis DRT telah mengundang pelbagai persoalan dan juga kritikan daripada pelbagai pihak.


"Walaupun proses lantikan telah berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan, elemen “conflict of interest” perlu turut diberikan perhatian bagi mengelakkan daripada timbulnya persepsi yang tidak betul," katanya dalam kenyataan.


Tegas Arshad, pengamalan tatakelola baik bukan sekadar perlu dilaksanakan tetapi perlu dilihat dan ditunjukkan dengan jelas bahawa ianya dilaksanakan.


"Justeru, persoalan yang dibangkitkan oleh orang awam serta masyarakat sivil berkaitan isu ini perlu ditangani dengan baik.


"Kerajaan Negeri juga perlu mengelakkan perkara seperti ini daripada berulang lagi dan perlu lebih cermat dalam urusan yang melibatkan dana rakyat," katanya.


Isu DRT yang melibatkan syarikat suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah ditunggang oleh pembangkang selama lebih dua minggu dan ianya masih belum reda biar pun pelbagai penjelasan telah diberikan, termasuklah fakta bahawa hanya dua syarikat sahaja di Malaysia pada waktu ini yang diberikan lesen oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengoperasikan bas mini mengambil penumpang secara on demand tersebut.


Selain itu, Kerajaan Negeri juga menjelaskan projek rintis DRT itu masih dalam peringkat percubaan dan kontrak rasmi pengendalian masih belum diberikan kepada mana mana syarikat.


*Kredit foto: Selangorkini

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page