top of page

Draf Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor dibentang November ini



Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan draf Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor sebagai satu usul dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadual bermula 15 November ini.


Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, langkah itu sebagai persediaan negeri Selangor mendepani cabaran negara menua sekaligus meningkatkan kesejahteraan sosial merangkumi lima teras dan 37 pelan tindakan yang akan mewujudkan ekosistem penjagaan lebih baik.


"Kita akan bentangkan dan bahaskan (dalam DNS). Apabila usul pembentangan itu diterima sebulat suara, ia akan diterima sebagai satu dasar yang akan dilaksanakan bagi tempoh tersebut," katanya dipetik Selangorkini.


Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2043, iaitu 14 peratus daripada penduduk terdiri daripada populasi berusia 65 tahun ke atas. Ini susulan kesan daripada peningkatan jangka hayat dan penurunan kadar kelahiran.

Sementara itu jelas Anfaal, lima teras dalam dasar itu meliputi advokasi dan promosi, tatakelola dan kawal selia, penyelia dan penjaga terlatih, kolaborasi dan pelaburan serta data, yang akan dilaksana secara berfasa.


Selain warga emas, dasar yang mahu diperkenal Kerajaan Negeri itu turut melibatkan sektor ekonomi penjagaan kanak-kanak dan wanita, sekali gus meningkatkan kesejahteraan sosial.


Selain kebajikan,dasar itu juga akan mengangkat ekosistem penjagaan sebagai peluang ekonomi khususnya buat wanita terutama berkait bidang pembangunan teknologi dan pusat penjagaan.


"Ini adalah peluang baik kepada mana-mana syarikat yang melihat negara menua sebagai peluang ekonomi dengan pembangunan teknologi, contohnya alat bantuan penjagaan untuk warga emas seperti kerusi roda dan sebagainya," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page