top of page

Draf akhir Kod Tatalaku media sosial dikeluarkan minggu depan - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 15, 2024
  • 1 min read


Draf akhir Kod Tatalaku yang menggariskan amalan baik untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial dijangka dikeluarkan minggu ini.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, draf tersebut adalah versi akhir.


Justeru beliau mahu semua penyedia platform media sosial yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di negara ini segera berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).


"Kegagalan untuk mendaftar akan ada kesan terutama dari segi perundangan yang mana akan dikenakan denda dan tindakan lain," katanya dipetik selepas mengadakan kunjungan ke Balai Berita Media Prima Berhad di Jalan Riong, Bangsar pada Khamis.


Sebelum ini kerajaanmemaklumkan pelaksanaan lesen ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan internet akan dikuatkuasa bermula 1 Januari 2025.


Kewajipan untuk semua pengendali perkhidmatan didaftarkan bermatlamat menjadikan ruang internet lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.


"Hasrat kita untuk pastikan platform seperti TikTok tidak menjadi tempat berkumpul bagi 'scammer' dan penjenayah yang (dilihat) mula berhijrah ke media sosial.


"Ada yang meraih keuntungan daripada iklan sama ada judi dalam talian dan jenayah lain melalui platform ini. Ini yang sedang berlaku sekarang, namun apabila kita minta (pengendali) ambil tindakan, tidak apa-apa (tindakan) serius diambil.


"Selain itu, melalui pelesenan, kita ingin memastikan mereka patuh undang-undang dalam negara kita," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page