top of page

Dr Zaliha perinci tiga langkah atasi masalah pokok tumbang di KL



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan mengambil tindakan proaktif bagi memastikan insiden pokok tumbang tidak berulang lagi di sekitar Kuala Lumpur (KL).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata, tiga pendekatan peringkat penilaian terhadap pokok-pokok berusia diambil bagi mengurangkan risiko pokok tumbang.


"Tahap satu ‘non-aboris’ membuat pemeriksaan pokok melalui penilaian visual berdasarkan pengalaman kerja dan pengetahuan dalam bidang arborikultur. 


"Manakala, tahap kedua pula membuat visual tree assessment (VTA) yang dilaksanakan aboris bertauliah dengan menggunakan

standard yang ditetapkan oleh International Society of Aboriculture (ISA).


"Tahap ketiga iaitu penilaian terhadap keadaan stuktur pokok menggunakan peralatan khas yang dinamakan resist to graft dan menggunakan tree climber untuk membuat penilaian di bahagian atas pokok," katanya di Dewan Negara, hari ini.


Jelasnya, penilaian dan pemeriksaan pokok tahap satu dilaksanakan bagi setiap sepuluh bulan bagi setiap satu pusingan selain

tahap dua dan tiga dilaksanakan di lokasi yang berisiko berdasarkan penggunaan orang awam dan juga kawasan padat dengan harta benda berharga.


DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) juga, kata Dr Zaliha, menjalankan pemeriksaan terperinci bagi kerja-kerja kesuburan yang tidak boleh dilihat oleh visual seperti bahagian akar pokok, batang dan isi larang pokok.


Dalam pada itu, Dewan Negara turut dimaklumkan sistem E-Pokok yang dibangunkan DBKL sejak 2019 telah merekodkan sebanyak 236,551 pokok.


"Sistem ini bertujuan merekodkan data, inventori, penanam pokok baharu serta kerja-kerja penyelenggaraan pokok," katanya lagi.


Dr Zaliha berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai bentuk pemantauan berkala DBKL bagi mengurangkan risiko pokok tumbang di sekitar ibu kota.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page