Dr Wan Azizah seru rakyat perkukuh perpaduan tingkat kekuatan dalaman Malaysia
- Suara Keadilan
- 3 hours ago
- 1 min read

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia mempertahan dan memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, keharmonian antara kaum di Malaysia menjadi asas kepada kekuatan dalaman negara.
"Alhamdulillah, negara ini berbilang kaum, dan kita bersatu sebagai masyarakat. Penting untuk kita terus pelihara keharmonian.
"Kestabilan dalaman negara penting untuk membolehkan Malaysia berperanan aktif selaku Pengerusi ASEAN," katanya dipetik.
Terdahulu Dr Wan Azizah berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bandar Tun Razak pada Ahad.
Beliau sementara itu menyifatkan majlis sambutan seperti itu sebagai medium mengeratkan perpaduan.
Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah menyifatkan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia minggu lalu sebagai membuktikan negara ini telah mendapat perhatian utama dari negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.
"Presiden Xi Jinping melawat Malaysia selama tiga hari kerana geopolitik negara kita yang sudah berubah...Ini menunjukkan bagaimana Malaysia mendapat perhatian China,” katanya.
Xi mengadakan lawatan negara ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Lawatan itu mendapat sorotan media antarabangsa susulan perang perdagangan terbesar dalam sejarah dengan dasar baharu tarif dilancarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini.
Comments