top of page

Dr Wan Azizah sempurnakan majlis penyerahan bantuan YWP

Updated: Jan 23, 2023



Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Skim Bantuan Awal ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Tawaran Skim Mikro Kredit Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) semalam.


Seramai tujuh pelajar diploma menerima cek skim bantuan awal ke IPT yang masing-masing berjumlah RM500 manakala 20 pelajar Ijazah Sarjana Muda masing-masing menerima RM1,000 secara sekali bayar.


Selain itu, sembilan peniaga dan penjaja berlesen turut menerima surat tawaran Skim Mikro Kredit YWP yang menawarkan pinjaman modal perniagaan maksimum RM5,000.


Dalam ucapannya Dr Wan Azizah berkata, beliau menyokong inasiatif yang diwujudkan YWP bagi membantu golongan yang memerlukan dan berharap usaha itu akan dapat terus dijalankan.


"Saya amat berbesar hati dengan usaha dijalankan Yayasan Wilayah membantu pihak-pihak yang memerlukan.


"Ini adalah pendekatan untuk masa depan dengan mendorong kepada pembangunan generasi masa depan dan marilah kita mendoakan supaya usaha ini dapat diteruskan supaya lebih ramai akan mendapat manfaatnya," katanya.


Turut hadir pada majlis penyerahan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif YWP Datuk Zaizalnizam Zainun.

Sebagai rekod, YWP berperanan membantu menaik taraf kehidupan warga Wilayah Persekutuan berpendapatan rendah dan memerlukan.


Sepanjang 2022, YWP telah meluluskan permohonan bantuan kepada 450 pelajar di seluruh Wilayah Persekutuan


Pada Majlis itu, Dr Wan Azizah turut menyampaikan bantuan khas YWP berupa wang tunai RM500 kepada seorang penerima, Mariah Shaari yang menanggung seorang anak saudaranya yang merupakan Orang Kurang Upaya pembelajaran.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page