top of page

Dr Wan Azizah gembira bantuan pendidikan dari pelbagai pihak di Bandar Tun Razak



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menghargai usaha pelbagai pihak berterusan membantu meningkatkan peluang pendidikan bagi anak-anak di Bandar Tun Razak.


Beliau yang hadir dalam Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian hari ini melahirkan rasa sukacitanya di atas program bantuan yang diberikan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) di kawasan itu.


"Saya percaya anak-anak yang hadir hari ini adalah anak yang cemerlang dan dapat menyambung ke pengajian tinggi.


"Justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBR kerana sentiasa membantu dan menyokong Bandar Tun Razak dalam apa-apa jua program yang dianjurkan, jutaan penghargaan dan terima kasih atas segala kebaikan," katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis perasmian di Dewan Mestika Institut Latihan DBKL, hari ini.


Turut hadir sesi penyampaian adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Faizah Ariffin dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Ketua Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na'im Arifin.


Untuk rekod, YBR memperuntukan sejumlah RM100 ribu kepada 200 pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah atau B40 di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak.


Pemberian bantuan awal tunai RM500 itu diberikan kepada pelajar yang layak untuk menyambung pengajian tinggi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page