top of page

Dr Wan Azizah gesa siasat insiden kematian ngeri kucing di UM



Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa siasatan menyeluruh dilaksana untuk mengenal pasti punca kematian beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyatakan rasa terkejut dan bimbang terhadap insiden yang menyayat hati itu dan mengecam segala bentuk penganiayaan terhadap haiwan.


"Perlakuan seperti ini bukan sahaja bertentangan dengan nilai kemanusiaan, malah melanggar undang-undang sedia ada," katanya menerusi kenyataan.


Kenyataan itu dibacakan Penaung Persatuan Rakan Kucing Malaysia (PRKM) pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada Sabtu.


Media sebelum ini melaporkan dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika dalam sidang media semalam mendakwa, berdasarkan siasatan yang dibuat dalam kes terbaharu pembunuhan kucing di Universiti Malaya, ia telah dibuat dengan menggunakan senjata tajam melalui cara yang sistematik.


Sementara itu Dr Wan Azizah menerusi kenyataan tersebut menggesa UM memperkukuh peranan entiti Universiti Malaya Animal Guardians, dengan melibatkan pakar-pakar berkaitan seperti persatuan pencinta haiwan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Masyarakat perlu lebih prihatin dan mengambil cakna terhadap kebajikan haiwan.


"Hal ini penting untuk memastikan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni untuk semua serta memastikan kejadian sebegini tidak berulang semula," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page